Sunday, 12 June 2011

15 simptom bila korang jatuh cinta

assalamualaikum and salam berkasih sayang..

nurkasihh.. suke2

 nih .. jom baca simptom2 yang korang akan alami kalo korang jatuh cinta



1. Sukar melelapkan mata
selalunyer korg jarang ada masalah untuk tidur. Kira letak kepala, tros terlelap la..tapi  Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan korang  kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.


2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan org sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia. Malah korangjadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri anda.buat apa semua tak kena…alahhh.. biasa la tu kan



3. Suka ambil tahu
korang semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. korang tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia daripada kawan-kawannya.kira orang bih dah sampai tahap jaga tepi kain dia la…


4. Resah gelisah
Hati korang  merasa resah dan gelisah apabila si dia tidak kelihatan. Korang  tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.rindu la tu



5.  cemburu
korang mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati korang, biarlah dia berbual dan melayan korang seorang. Sikap korang  tu ketara kelihatan sampai kengkwn korang pun sedar .




6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, korang akan termenung. Fikiran korang  jauh melayang dantak sedar apa yg berlaku di sekeliling korang. Di mata korang terbayang-bayang wajah si dia



7. Dating
Ada sahaja alasan korang akan bagi  kat dia untuk berjumpa. Kemudian secara terang, korang tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti korang habiskan untuk dating. Kadang-kadang korang buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.hesh.. tak puas betol



8. Rindu.
korang tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan korang kepada si dia. korang ingin berjumpa dan melihat wajahnya.



9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, korang sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Korang dah  tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun baru dapat lena tidur setelah mendengar suara si dia.



10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, korang lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum nih korang lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.


princess hour.. huhu,, suke2



11. Menjaga penampilan
Penampilan korang tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun korang lelaki, korang akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian korang berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen terkini. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempesona. Dari hujung rambut ke hujung kaki korang nmpak cantik menawan dan segak bergaya.



12. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. korang sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. korang juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.weh… laki merajuk buruk la…



13. Suka memuji
Dari pendiam, korang jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. korang peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati korang rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.


14. Mulut manis
korang just ckp ttg  hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. korang akan bersetuju dan mendokong percakapannya sekalipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana korang tidak mahu menyinggung perasaannya. Tambahan pula anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik.hahahaah..




15. Bertekad memilikinya
Secara drastik, korang berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, korang pasrah dan menerima. korang ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupn
ya sehidup semati.





 apa pon, bercinta la.. 

tapi jgn sampai langgar hukum agama n malukan mak ayah sudah

 huhu..

 wassalam : )

No comments:

Mysophieparis Network System My fashion. My business