Salam.. hai senior-senior blogger yang disayangi and as kasihi.. hows ur day?? Hope semua happy and ceria selalu yer..
Just want to ask u all.. apa pendapat korang tentang skandal dengan orang tua??? Jeng3… kenapa agaknya keadaan ni boleh berlaku ek??? And apa yang sebabkan orang tua terutamanya laki pilih perempuan yang muda 20 atau 30 tahun dari diaorang?? Hurm.. mesti macam-macam jawapan yang dah ada dalam kepala korang kan.. huhu.. and kenapa pulak perempuan muda nak cari laki tua 20 atau 30 tahun dari diorang???
As try pikir, and I think sebab kenapa perkara atau situasi ni berlaku bergantung pada keadaan and diri masing-masing.. bak kata pepatah, “ cinta itu buta, tak kenal rupa, tak kenal usia” memang betul la bidalan orang tua-tua.. hati manusia tak da sapa boleh duga walaupun diri sendiri.. makin kita cuba faham apa yang hati kita nak, makin tak faham jadinya.. betul tak?? Huhu..
Ok.. jom kita try figure out kenapa lelaki tua cari perempuan yang lebih muda dari diaorang.. hurm.. kadang-kadang perempuan tu lebih muda dari anak pakcik-pakcik ni, and kadang-kadang ada yang berpangkat cucu..
1. 1st, maybe pakcik-pakcik ni nak test power diorang.. nak tengok kehebatan diorang mengayat perempuan tu still ada ke or dah hilang ditelan usia tua diaorang.. dulu kan diaorang ni jejaka idaman kampong.. asal jeling je, perempuan mesti cair. Diorang tak tahu ., kalo sekarang diaorang jeling, mesti layu pokok bunga tahi ayam kat taman belakang rumah diaorang tuh.. hak3.
2. Maybe isteri diaorang dah expired kot.. tak dapat nak penuhi kehendak diorang.. that’s why diaorang cari yang muda, yang fresh so that kehebatan diaorang takkan dipersiakan .. huh.. mentang-mentang la lelaki tak ada expired date and available sampai diaorng mati, so kena curang la dengan bini ek??? Huh.. geram sungguh as dengan statement nih.. ingatlah wahai lelaki-lelaki and pakcik-pakcik sekalian, isteri korang dah banyak berkorban untuk korang, lahirkan zuriat korang, uruskan hidup korang.. hurm..hargailah jasa dan pengorbanan isteri-isteri korang ..
Add caption |
3. Tak tau nak habiskan duit diaorang yang berkepuk-kepuk tu kat sapa.. hurm.. wahai pakcik-pakcik.. rumah kata pergi, kubur kata mari.. ingat la saham akhirat pakcik, dah cukup ke amalan??? Bersedekah la pada fakir miskin, menderma lah pada rumah anak-anak yatim.. jangan la bazirkan duit pakcik-pakcik kat perempuan –perempuan yang mata duitan and just nak kikis duit pakcik-pakcik.
Semakin tua seseorang lelaki, semakin gatal jadinya.. tua-tua keladi, makin tua makin menjadi.. hehehe.. betul tak statement nih??? Life start at 40th.. hurm.. sebenarnya.. penyataan nih nak ingatkan kita semua yang kita sepatutnya tingkatkan amalan, tingkatkan tanggungjawab kita pada family terutamanya anak-anak yang tengah meningkat usia and sangat-sangat perlukan bimbingan dari ibu bapa untuk membentuk jati diri diaorang kan…
Sekarang, agaknya la kan kenapa perempuan muda cari lelaki yang lebih tua dari diorang sebagai “kekasih hati”??? as sebagai ghadies muda and for sure sweet and romantic pun lebih prefer lelaki yang lebih tua sebabnya : >>> hek3.. jeng3..
1. Lelaki-lelaki muda tak dapat nak faham hati perempuan, yang diaorang tau just enjoy.. couple or bercinta sbb ikut kawan.. kawan bercinta, dia pun nak bercinta.. kawan ambik dadah, for sure dia pun ambik dadah kan.. tapi time kawan ajak masuk masjid tak nak pulak.. pelik-pelik…. So yang jadi mangsa , perempuan la.. yang tak bersalah and suci nih… hati dipermainkan semata-mata untuk memuaskan kehendak si lelaki.. huhu.. ceh… boleh jadi pengganti sharizat jalil tak??
2. Lelaki tua banyak experience meyhh.. huhu.. so diaorang pandai treat women just the way women want.. tak rush, take time and relex.. and most important thing they know how to win women heart… perempuan ibarat buih sabun, makin dibelai, makin banyak buihnya… tapi jika dikasari sure la buih tu tak nak berkembang dengan banyak kan.. huhu.. andai hati wanita telah dipegang oleh seorang lelaki, maka seluruh hidupnya juga telh menjadi milik lelaki tu..
nih kisah perempuan yang a bit tua dgn lelaki muda.. hurm... |
3. Lelaki yang lebih tua dah ada kedudukan kewangan yang stabil, so kenapa nak cari lelaki muda yang kerjaya pun tak tentu arah laki, then suka sakitkan hati perempuan and tak pernah faham hati perempuan kan.. so baik la cari lelaki tua yang dah stabil segala-galanya.. tak kisah la kalau berkongsi pun (madu ler) , asalkan boleh hidup bahagia and terjamin dah cukup.. tengok salih yaacob,dah cukup dah kouta dia kan.. semua isteri-isteri dia pun tak merungut.. siap boleh pergi bercuti sekali g.. hhuhu
Berdasarkan apa yang as dah tulis nih, bukan la bermaksud semua lelaki muda ni tak sesuai dijadikan pasangan hidup.. semua tu bergantung pada jodoh masing-masing.. andai dah ditakdirkan siti nurhaliza dengan datuk k yang tua giler dari siti sebagai jodoh, takkan lari kemana.. and bukan lah semua lelaki tu cari perempuan muda just untuk test power.. ada jugak lelaki yang kawin dengan perempuan muda untuk bela nasib perempuan tu.. think positive beb!!.. huhu
Hurm.. cinta tu bagai makan sambal belacan, walau pedas hingga mengalir air mata , masih mahu dimakan juga.. jeng3.. huhu
No comments:
Post a Comment