Saturday, 20 August 2011

semua nak ditulis di facebook



sejak kemunculan laman sosial "facebook"
internet telah menjadi kegilaan ramai..
ia bukan digunakan untuk melakukan tugasan macam homework, assaingment atau apa-apa sahaja yang penting dalam kehidupan kita..
tapi internet menjadi keutamaan pada kebanyak anak muda khususnya dalam berhubungg dengan kawan dan sahabat..
tak dinafikan ler.. as pun on9 selalunya untuk ber'fb' ja..
tapi bila makin diteliti dan dihalusi, 
fb telah menjadi 1 trend dalam kehidupan sekarang..


pada pandangan as,
fb telah disalahgunakan oleh kebanyakan remaja..
menceritakan tentang keaiban orang lain,
menceritakan masalah peribadi secara terbuka,
memaki hamun di khalayak (facebook)
dan tanpa segan silu menyatakan rasa hati..

yang part last tu as pun pernah buat,
tapi yang as cuba maksudkan disini,
adab dalam menyatakan perasaan kepada yang tersayang makin hari makin terhapus,
luntur ditelan kemajuan dunia teknologi dan inovasi..

1 lagi yang as kurang berpuas hati,
bahasa yang digunakan di fb "masyaallah"
tuhan saja yang tau..
kalau dah teruk, keluar habis semua ************************....
bukan tu ja,
bahasa malaysia yang cuba dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa perantaraan dalam kalangan rakyat malaysia nampaknya tidak dapat dicapai bila kebanyakan pengguna fb sewenang-wenangnya menulis apa sahaja yang terlintas difikiran dengan menggunakan istilah dan bahasa yang kurang sesuai dalam konteks ingin membangunkan dan meningkatkan penggunaan bahasa malaysia sebagai bahasa rasmi..

tetapi, dalam konteks kehidupan remaja,
bahasa dan istilah-istilah berkenaan dianggap lebih tepat dan "kena" dengan jiwa mereka..
oleh sebab itu, mereka lebih cenderung menggunakan bahasa slanga tersebut..


apa yang as tulis dalam coretan blog as kali nih, bukannya hentak mengutuk atau ingin mengkritik mana-mana pihak..
sekadar meluahkan apa yang terpendam dalam benak..
as pun tidaklah sesempurna atau sebaik mana,
masih mempunyai banyak kekurangan dan kelompangan..

wassalam

4 comments:

Umie Nadhirah said...

agaknya fb sekarang dah jadi tempat luahan / carutan hahaha.

kotak bulat said...

kb tak slalu tulis status kt fb.. hehe

hasyikin ismail said...

hurm.. jgn slah guna ler.. huhu..
umie : hurm.. agaknya mcm tu la
kb : owh.. komen stats org jer kn.. hehe

hasyikin ismail said...
This comment has been removed by the author.

Mysophieparis Network System My fashion. My business