dalam facebook, tiap hari kita boleh baca post tentang cinta, hati, jiwa and perasaan..
tak terlepas la dengan as nih..
well.. as you all know, walaupon as nih keras bak kerikil, tapi hati lembut weii. huhu
okey.. okeyy..
cinta...
wikipedia... hehe |
selalunya kalau as nak cari definition untuk apa-apa, wiki la menjadi peneman setia.. hehe...
cinta..
satu benda yang abstrak, kadang-kadang kata tak dapat menggambarkan rasa cinta yang hanya hati dapat merasa..
cinta..
bukan sahaja kepada sesama insan seperti kita,
malah juga lebih bermakna andai kita dapat melimpahkan kecintaan kita kepada
junjungan besar Muhammad S.A.W.. kekasih-Nya
apalah kita jika dibandingkan dengan dia,
cintanya kepada umatnya merentasi zaman,
merentasi segala jenis pengorbanan.
sehingga pada detik akhir kewafatannya,
umatnya juga yang disebut olehnya..
masya-Allah..
peribadi jungjungan mulia , sifat terpujinya,
perilaku yang disanjung, pemikiran yang bijaksana
sesungguhnya segalanya beliau curahkan kepada umatnya
Pada suatu ketika, Rasulullah SAW membaca firman Allah mengenai Nabi Ibrahim as:
"Wahai Tuhanku! Berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia.
Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat)." (Ibrahim: 36)
Setelah itu, Nabi mengangkat kedua tangannya dan berdoa sambil menangis:
"Ya Allah! Umatku! Umatku!
Lalu Allah berfirman kepada Jibril as, “Wahai Jibril! Pergilah kamu kepada Muhammad – sememangnya Allah lebih Mengetahui – tanyalah kepadanya apa yang menyebabkan dia menangis.” Maka Jibril as menemui Nabi SAW, lalu bertanya kepada Baginda SAW dan Baginda mengkhabarkan kepada Jibril as sebab tangisannya.
Maka Allah berfirman kepada Jibril as, “Pergilah kamu menemui Muhammad dan katakanlah kepadanya bahawa Allah berfirman kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan membuatkan engkau reda pada umat engkau dan Kami tidak akan menyakiti (mendukacitakan) engkau dalam urusan umat engkau."
"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
hurm...
jom kita teruskan bacaan kita kat sini , nih ada satu lagi blog,
1 comment:
:)
Post a Comment