Wednesday 24 July 2013

CERITERA RAMADAN..

assalamualaikum semua :)

dah masuk Ramadhan ke-16 hari ni , maksudnya dah 15 hari kita berpuasa untuk tahun ini.
harap sepanjang tempoh ni, amalan dan ibadat kita seiring dengan tempoh ramadhan :)

ok.. dah masuk separuh bulan kita berpuasa, means  tinggal lagi 15 hari la kita nak raya..

hoho.. raya!!! raya beb..

lemang, ketupat, dodol..
pehhh..

terbaik la...

kalau dekat kampung as, mercun hanya akan dijual selepas hari ke-15 puasa.
tu dulu la masa as darjah dua. sekarang tak tahu la still macam tu ke tak.

hehe.
lepas ja habis terawih, (buat 8 jela, budak-budak kan)
as bersama angkatan tentera that is my sis and my friends
kitaorang akan pergi rumah pakcik yang menjual mercun tu
rumah dia area belakang surau ja, so dekat la.

then dah beli, kitaorang dengan geng-geng budak lelaki akan main mercun.
konon macam berperang la.. haha..


mercun bola.. baling dalam sungai,
best woo..
nanti air mercik 
mercun bawang.
kira mercun gred paling low la.
standard adik-adik jer nih.
haha..berlagak gila


mercun roket.
haha.. kalo nasib tak baik,
tersalah terbang pulak mercun nih

yeah.. mercun teloq naga (loghat utaqa)
the best, sebab as penah baling mercun nih, then
tersangkut dekat rambut adik as
yang hyper curl
(sarang tebuan chronic)


then kacau orang tengah sembahyang.. yeye.. seronok wooo
boleh pulak one of the jemaah tu, keluar dan marah kitaorang..
haha..
makcik tau (perempuan)..
dari atas surau, dia jerit...

ok.....

takut la dalam 2 minit.

then main lagi..
hehe..
suka sangat..

lepas penat main, releks jab.
then kitaorang beli burger..

haha.. bagus kampung as nih.
semua dekat kan.

lintas je jalan, dah ada kedai jual burger

standard budak sekolah, makan benjo jela
seringgit kan... mana ada duit banyak nak makan burger salut telur taknak sayur macam sekarang..
hehe

dah dekat-dekat nak habis tarawih,
diaorang akan letak moreh dekat meja.

kitaorang budak-budak la yang paling awal pargi ambik
hehe..
ambik siap-siap untuk tok, mak and abah.

best sangat!!

well.. miss that time

sekarang..



gambar nih diambil dari instagram as..

yep..
taraweh di KOLEJ KEJURURAWATAN KUANTAN.
without my family, without any of those mercun and moreh.

what i have just my supportive, happy and very cheerfull big family..
my friends..


 yes.. my cik basirah wahida binti chik hasyim!!

sekampung, sekumpulan...


 yeah.. my beloved cik aqmar jusof dan cik norlinda


cik hamizah nasri


 cik azlina nandan

cik sheera shukor


them!!!!love them all


lots of love
 . . .as. . .

Monday 22 July 2013

ORIENTASI JURURAWAT PELATIH SESI JULAI 2013 & KPSL JULAI 2013 , KOLEJ KEJURURAWATAN KUANTAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

walaupun dah hampir 3 minggu program orientasi bagi kemasukan pelatih baru bagi sesi JULAI 2013 , tapi as takkan terlupa untuk update gambar-gambar terbaru sepanjang aktiviti dijalankan.

well.. menjadi jurugmbar yang tak berapa profesional nih memang kerja as la kan..

ok.
majlis orientasi ni bermula pada hari isnin iaitu 1 julai 2013 sehingga 5 julai 2013.

sepanjang orientasi ini berjalan, Majlis Perwakilan Pelatih (MPP) KKJ kuantan bersama JP JULAI 2011 dan pera pengajar telah terlibat dalam majlis ini. *aik, tetiba ayat skema*

dulu masa as sem 1, memang tak suka sangat orientasi.
tapi bila dah masuk sem 2, 3 dan keatas , baru as tau kepentingan orientasi .
well. time nih la kita nak bentuk siapa diri kita.

tepati masa, ikut arahan, tak pentingkan diri.

hurm..

now, lets the picture tell us the story..

semua gambar diambil pada 4 julai 2013 :)



tengah practice untuk lakonan.
yang pakai kalong besar tu, tok bomoh



nih tengah practice koir.. hehe.
semua suara sedap-sedap neh


yang nih, erm.. ntah la.. undefine.. 




semangat!!
dikir barat




our beloved YDP, CIK nabilah nazer :)


penyelaras kumpulan JP JULAI  2013, PUAN SUHANA SULONG


gambar nih diambil masa aktiviti untuk JP JAN 2011 sedang dijalankan


YDP yang prihatin
tengok anak buah buat keje (:


SN lily.. YEY.. sayamh SN :)


jp NURUL IZZAH KHALID.. ketua pengawas KKJ KUANTAN
julai 2013 - desember 2013
muka seyes selalu .. hehehe


cik AQMAR JUSOF..
ajar adik cara dan nada untuk jadi m.c yang best 


kumpulai koir yang best :)


kak YUYU.. hebat tak??


Puan Hajariah, hurm.. tengah bagi penerangan pada semua.


hehe.. adik nih berlakon memang best.
seyes.. best


kak Bilah.
hehe.. 




perbincangan seyes diantara semua MPP


kak sheera, antara ahli A.V.A yang
bertungkus lumus menjayakan program


akak-akak KPSL


STAFF NURSE-STAFF NURSE yang banyak membantu :)


kak shazy and one of our junior 


kak bilah and kak nina yang bertungkus-lumus mengajar
adik-adik berdikir




yey..last minute.



hehe..
kak shazy and aqmar jusof

alhamdulillah ..
majlis orientasi bagi sesi julai 2013 berjalan dengan lancar dan jayanya

thanx a lot to all ..
tanpa semua, tak mungkin program ini akan berjalan dengan baik dan jayanya.

walau banyak dugaan , tapi semua yang terlibat dapat mengharungi masalah dan onak serta duri dengan sabar.. (dah macam cerita cinta pulak :p )

harapan kami semua kepada JP JULAI 2013 yang baru mendaftarkan diri. :
 * tahniah adik sebab dah dapat masuk ke KOLEJ KEJURURAWATAN KUANTAN ni
 * dan selamat datang ke dunia kejururawatan, dan harap semua apa yang akan dipelajari, adik-adik dapat implimentasikan dalam kerjaya dan jagaan kejururawatan kelak.
 * if anything, we ( ur senior ) is always for you
 * buat kerja ikhlas tau dik.. jadi nurse nih senang dapat pahala. and senang dapat dosa. 
 * jadi terpulanglah pada diri masing-masing untuk menentukan jalan hidup 

peace yaw!!!

hehe..


tengok!!  
baik tak as sebagai senoir diaorang?
hehe #perasan!!

apa pun, all the best for all of them.
and to geng JP JULAI 2011.
setahun lagi beb..
kita teruskan perjuangan kita.

gambate!!

lots of love
. . .as. . . 

Thursday 18 July 2013

ME and THE DAY


ASSALAMUALAIKUM W.B.T





what a long week!!

penat ..

tu ja yang dapat terkeluar dari mulut nih..
ditambah pula dengan bulan puasa.
memang hypo, dehidrate tahap gila la kan..

tapi steady.. :)

walau apapun, senyum kena maintain kan.
yelah..
new sem dah start. (hehe, tak sempat update blog, bz sangat kan.. hehe.. nampak tak??)
year 3, sem 1 ( sem 5 ) as student nurse at KKJ KUANTAN.

wow.. bila diingat balik, dah hampir 2 tahun setengah as dekat kolej nih.
terasa baru semalam mak hantar as, then nangis-nangis sebab nak balik..
yep.. its a fact!!

i'm almost a nurse :)
insyallah..

ok. back to our main topic.

sem 5.

research, manangement, dinner and tak dilupakan exam mid sem and final yang pada as memang susah.

ok.. kita go through one by one ..*cehh, dah macam ayat tutor as pulak  :) *

RESEARCH..

kerja khusus bagi semua pelatih jururawat yang berada di semua kolej Kementerian Kesihatan Malaysia, Tahun 3, Semester 1.

hurm.. masa form 6 dulu penah la buat, R&C (research and colocium) entah betul ke tak ejaannya.
tapi rasanya research kali nih lagi susah kalau nak banding yang dulu..
tak pelah.. apa ja tugasan, kita buat dengan hati yang ikhlas dan redha k cik Hasyikin :)

tajuk yang kumpulan as dapat ialah "PENGAWALAN DISIPLIN MEMBENTUK JURURAWAT PELATIH YANG BERKUALITI".

populasi kajian kitaorang adalah semua student KKJ kuantan la kan, sampel kajian kami is our junior, adik-adik comel sem 1. hehe
hope nanti time akak buat questionair, adik-adik bagi kerjasama k :)
hehe.. sayang adik...
*hehe.. konon ada la junior as baca blog as an, blog pun tak famous*

report kitaorang in progress. Alhamdulillah, semua ahli kumpulan bagi kerjasama yang sangat baik, sampai sanggup stay back, then lepas rawcall pun kitaorang smabung lagi.
korbankan masa rehat kitaorang,
korbankan waktu tidur kami yag selalu over dose ni
and korbankan waktu kami begayut dengan pakwe,. hahahahah

bak kata mak as, nih la baru namanya student.
berjaga sampai bengkak mata.
haha..
mak.... mak tak tahu ke, anak mak nih memang slalu berjaga sampai bengkak mata
terutama time dekat nak exam..
anak mak  nih jenis study last minute.. haha

hebat tak anak mak???
(berani la tulis, tahu mak takkan buka blog nih)

okey...

next..

MANAGEMENT

manage, selia, pengurusan.

erm.. something yang macam tu la.
ok.. when you are in semester 5 diploma in nursing, u have to manage.
manage what?? manage your patient la.. hadoiii.

nak jadi staff nurse kan.
kalau tak belajar manange patient dari sekarang, nanti bila dah qualified,
gabra bila kena incharge patient.. haha.. time tu baru tahu langit tinggi ke rendah kan

buat masa sekarang, as  masih lagi dalam fasa deduktif (fasa teori)
hope segala ilmu yang disampaikan dalam kelas dapat masuk and disimpan dengan baik dalam hard disk kepala as nih.. jangan hilang-hilang tau!!
nak pakai lama nih..

harap sangat masa as kena posting untuk management nanti,
as dapat bekerja dalam wad yang ok, bersama staff yang ok, and patient-patient yang ok..
pendek kata, semua nak ok dengan harapan markah pon akan ok..

amin :)

DINNER

yey..sekarang tibalah giliran kami, kumpulan JULAI 2011 untuk conduct dinner untuk sem ini..
waaaa.. serabutt kot..
walaupun as bukannye kepala dinner (ketua)..
tapi as boleh nampak keserabutannya pada air muka diaorang..
as nih M.C je..
well.. tu la tugas hakiki as, dari dulu sampai sekarang

yey..

antara tema-tema yang menjadi sebutan adalah seperti Bollywood_Arabic style, Vintage-English style, and tak ketinggalan Classic style yang kononnya macam dalam cerita P.Ramlee ler..

hehe.. apa pun as just harap majlis dinner yang bakal kitaorang conduct akan berjalan dengan lancar dan dapat menjadi yang paling meriah.. yey :)
 "buat sehabis baik"


last but not least,
the most important and amat digeruni oleh semua

EXAM MID-SEMESTER & FINAL for year 3, sem 1

mid-semester  =   23 sept - 25 sept 2013
osce mid sem =    12 sept 2013


final pulak erm dalam bulan 11, tp USOD lagi. (unsure of date)

apa pun, harapan setinggi gunung agar sem nih pun group kitaorang dan semua geng JULAI 2011 dapat mencapai kecemarlangan dan lulus 100%.

harap KKJ kuantan juga akan dapat jadi top 3 kolej yang terbaik untuk kali ini..

amin :)

ok la...

done for today..

masa untuk merehatkan diri sendiri..
apa pun, esok jumaat.. hari yang paling best dalam tiap minggu :)
yey!! tau tak kenapa?? sebab rehat lama..

12.15 tgh hari sampai 2.45 petang..

hauyekk!!! suka...


lots of love
. . .as. . .

TO SOMEONE SPECIAL

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

-post ini ditulis untuk seseorang, dari yang sentiasa merindui-





sebelum pergi kelas, sure i whatsapp u
tea break pukul 10.30 pun i whatsapp u
rehat, then balik kelas..

u..
u tahu tak, every second and every moment of my life
i ingat u.

bukan niat sengaja nak ingat diri u yang tak berapa macho dan hensem tu,
tapi hati nih, nakal sangat sebab selalu ingatkan i pasal u..

u..
u tahu tak i dah gilakan u.
u tahu tak, u buat hari-hari i lebih happy

u tau tak, every time i sedih,
i harap u ada..

and guess what??
even u tak ada dengan i..
but still..
u dapat happykan i
buat i senyum


happy sangat.. :)

u..
jangan tinggal i tau.
u are like my sunshine
brighten my day,
U like the moon and the stars
give me direction when i'm loss



hehe..

to all.. maaf..

this post ditulis kepada si dia, my cinta hati, my lovely and my dearest sayang
hope he will read this and will not angry at me..

hehe.

love u sayang

lots of love
. . .as. . .

Thursday 7 February 2013

produk yang saya guna :)

assalamualaikum dan salam keceriaan to all my beloved readers :)

pagi nih as happy sangat-sangat sebabny esok dah nak balik.. yahooooo

hehe..

ok.. just pagi nih as nak share pasal produk yang as baru try..
well..

kalau nak tahu..
sebenarnya dah macam-macam produk as try untuk mengelokkan dan mancerah + menggebukan muka as yang  boleh dikatakan agak bermasalah nih...

mak as selalu pesan kat as, jangan try banyak sangat produk... stay je dengan 1 produk..

tapi masalahnye as pakai sampai 3 set pun still tak jalan, dah tu guane???

hurm..

beberapa produk yang as pernah pakai contohnya NATASYA GOLD



mula-mula pakai memang as happy sangat sebab muka menjadi :0

tapi epas 2 set as pakai kira dalam dua bulan jugak la, muka as mula jadi pelik :(
muka jadi legam ( means makin gelap dari sebelumnya)

tu yang buatkan as tak berapa nak happy...

then lepas tu as dah fedup..
so as just ikut cakap mak as, jangan dok pakai produk pelik-pelik..
just  pakai jer pencuci biasa

mak jugak pernah cakap, produk-produk yang jenis set nih sesuai untuk orang yang dah berusia ja..
hurm...

so as pun pakai jela pencuci biasa..

...................................................................habis cerita dengan mak............................................................

ok.. naik jer cuti sem baru-baru nih, january 2013..

as just follow je dengan pencuci muka biasa..

NEVIA WHITENING..



ok la kan.. setakat nak mencuci muka yang full of habus and minyak nih kan..

hurm.. disebbkan as nih memang kaki online..

so banyak la produk-produk yang telah hampir mempengaruh as untuk mencuba...

huhu.. well.. as nih memang lalang.. cepat terpengaruh gila taw..
so jangan la meh jual apa-apa kat as..
as nih cepat terpengaruh..hehe

ok..
at last as telah mencuba PURE MARINE COLLAGEN..
hehe.. yang dah siap proses..
so as just pakai jer, tak payah nak serabut-serabut nak masak bagai..

hehhe..

CARA PENGGUNAAN...

ceh.. buat macam rumit sangat nak pakai kan.. hehe
* just lumurkan or sapukan di tempat sasaran contohnya di muka..
macam as, as pakai kat seluruh badan

hasilnya.. kulit semakin lembut dan tak nampak kering..
kalau nak tau, as nih jenis yang pemalas nak minum nak minum air..
walaupun sebotol besar air as bawak ke kelas tiap-tiap hari, tapi ambil masa 2 hari kot nak habiskan 2L tu..

walaupun as nih student nurse, tapi tak amalkan sangat pun .. hehe.. dah tu guane???

hehe

ok next..

i use WHITENING GOLD SERUM



ok.. produk nih dari indon.. so kalau korang search dalam net, most of the description in indonesian ..
hehe..
patut la orang indon semua cantik-cantik..
produk nih alhamdulillah menjadi..

lepas sekali penggunaan, dah dapat rasa kesannya..
boleh baca dekat sini ek

hehe...

harga produk nih dalam RM is RM40.00..
kalau dalam rupiah tak tahu la berapa.. hehehe...


...................................................................................................................................................................

maaf la kalau kebanyakan post as semenjak dua menjak nih all about beauty ek..
dah meroyan, penat memikir macam mana nak bagi lagi comel..

erm..

kalau sesapa ada cadangan produk yang sure-sure ok dan kesannya cepat, pls inform me k..

e-mel me at eken_92@yahoo.com

hehe

lots of love
. . .as . . .




Mysophieparis Network System My fashion. My business