Tuesday 5 February 2013

istiqamah ..

assalamualaikum dan salam kerinduan to all readers yang sudi luangkan masa lawat blog as yang serba usang ni..hehe.. tak dela usang sangat kan..

just hari ni, i have talk to one of my friend..
she make me realize something..
about "istiqamah"





MAKSUD ISTIQAMAH


“Fastaqim kama umirta“,ayat ini telah mengubah fizikal Nabi SAW. Baginda jadi beruban dan tua, atas bebanan ayat itu.

Istiqamah… 

konsisten dan teguh berdiri di jalan taat, bagi yang faham akan besarnya beban untuk kekal konsisten, akan menjejak kesannya ke atas Baginda SAW. “Aku telah diubankan (dituakan) oleh Surah Hud…”, kata Baginda SAW dalam sepotong hadith yang direkod dari Ibn Abbas Radhiyallahu ‘anhuma.


taken from the other blog yang as baca sebagai rujukan ...



Istiqamah merupakan satu perkara yang sangat payah untuk dilakukan. Kadang-kadang terasakaslan (malas), kadang-kadang terasa nak menangguh, terkadang masa tak mencukupi. Hendak melakukan sesuatu amalan secara istiqamah bukanlah sesuatu perkara yang mustahil tetapi sesuatu perkara yang cukup mencabar keimanan seseorang muslim. Sebagaimana yang kita tahu, amalan yang sedikit tetapi kita istiqamah dalam melakukannya lebih baik daripada kita melakukan banyak amalan tetapi tidak secara istiqamah.



hurm....


bukan senang nak jadi seorang hamba yang sentiasa patuh pada perintah-Nya ...

seriusly...

bukan mudah...

bila hati dah tekad on something, for sure akan ada something yang datang...
grrrrr..
rasa sedih sangat..
kenapa la di saat kita nak get on something yang good, nak dekatkan diri kita dengan Sang Pencipta, masa menjadi padat, ruang menjadi sempit...

kadang-kadang menangis sendiri dalam hati..
tapi..

azam yang penting..
niat kena betul..

insyallah....

kita nih, manusia...

istiqamah atau follow benda lain boleh ja..

tapi masa untuk DIA kenapa kita tak berapa nak boleh follow???


contoh :




NAK KURUS


1. berdiet dengan hanya mengambil makanan tertentu sahaja.. sanggup tolak makanan yang lain yang for sure lagi sedap dan ummmmphhhh.. terbaik la orang kata...sanggup bangun pagi untuk ambil ubat supplement kurus yang syaratnya kena ambil 30 minit atau sejam  sebelum breakfast..



DATING DENGAN PAKWE OR MAKWE

1. bersiap 2jam lebih awal... make-up complete.. minyak wangi harum semerbak.. bedak tebal 3 inci.. kasut tinggi 3 inci..

2. keluar rumah sejam lebih awal nak elak jalan jem, takut lambat sampai.. kesian pulak kat makwe/pakwe kita tunggu lama kan..

3. sanggup berhabis duit untuk pakwe/makwe tercinta.. 





................................................................................................................................................................

                                                                    hurm 



as pun kadang-kadang leka dengan dunia.. dengan kehidupan yang sementara..

sebab tu kita perlu saling mengingati, menasihati..

ingatkan pada yang terlupa..
baiki mana yang lompang..
semoga kita sentiasa ingat pada-Nya...





Ya Allah...
Aku sangat cemburu apabila melihat sahabat-sahabat mampu berterusan atau dengan kata lainnya, istiqamah turun ke masjid/surau untuk solat fardu secara berjemaah.
Aku menjadi cemburu melihat sahabat-sahabat yang mampu istiqamah dalam pembacaan al-Mathurat selepas subuh dan selepas asar.
Aku cemburu kepada sahabat-sahabat yang mereka mampu istiqamah membaca Al-Quran setiap hari.
Aku cemburu kepada sahabat-sahabat yang mampu istiqamah dan maintain kan hafazan Al-Quran mereka malahan dapat menambahkan lagi ayat-ayat dan surah-surah hafazan bagi mereka yang belum habis menghafaz.
Aku merasa cemburu kepada sahabat-sahabat yang dapat istiqamah dalam mengamalkan solat sunat Dhuha tiap-tiap hari dan juga bagi mereka yang dapat istiqamah dalam solat sunat hajat. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang dapat mengamalkan solat sunat rawatib.
Cemburu dengan sahabat-sahabat yang sentiasa berselawat ke atas junjungan mulia Rasulillah SAW. Selawat dan salam ke atas baginda. Dan juga sahabat-sahabat yang sentiasa beristighfar kepada Allah SWT dan sentiasa berzikir mengingati Allah SWT.
Sangat cemburu kepada sahabat-sahabat yang istiqamah dalam belajar ilmu agama (Tolabul Ilmi).
Aku terlalu cemburu kepada sahabat-sahabat yang istiqamah dalam membina kekuatan rohani iaitu qiamullail di waktu 2/3 malam.

apa yang as tulis,
merupakan peringatan untuk diri as dan semua...

semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa mendapat redha-Nya

amin.....



No comments:

Mysophieparis Network System My fashion. My business