Wednesday, 24 July 2013

CERITERA RAMADAN..

assalamualaikum semua :)

dah masuk Ramadhan ke-16 hari ni , maksudnya dah 15 hari kita berpuasa untuk tahun ini.
harap sepanjang tempoh ni, amalan dan ibadat kita seiring dengan tempoh ramadhan :)

ok.. dah masuk separuh bulan kita berpuasa, means  tinggal lagi 15 hari la kita nak raya..

hoho.. raya!!! raya beb..

lemang, ketupat, dodol..
pehhh..

terbaik la...

kalau dekat kampung as, mercun hanya akan dijual selepas hari ke-15 puasa.
tu dulu la masa as darjah dua. sekarang tak tahu la still macam tu ke tak.

hehe.
lepas ja habis terawih, (buat 8 jela, budak-budak kan)
as bersama angkatan tentera that is my sis and my friends
kitaorang akan pergi rumah pakcik yang menjual mercun tu
rumah dia area belakang surau ja, so dekat la.

then dah beli, kitaorang dengan geng-geng budak lelaki akan main mercun.
konon macam berperang la.. haha..


mercun bola.. baling dalam sungai,
best woo..
nanti air mercik 
mercun bawang.
kira mercun gred paling low la.
standard adik-adik jer nih.
haha..berlagak gila


mercun roket.
haha.. kalo nasib tak baik,
tersalah terbang pulak mercun nih

yeah.. mercun teloq naga (loghat utaqa)
the best, sebab as penah baling mercun nih, then
tersangkut dekat rambut adik as
yang hyper curl
(sarang tebuan chronic)


then kacau orang tengah sembahyang.. yeye.. seronok wooo
boleh pulak one of the jemaah tu, keluar dan marah kitaorang..
haha..
makcik tau (perempuan)..
dari atas surau, dia jerit...

ok.....

takut la dalam 2 minit.

then main lagi..
hehe..
suka sangat..

lepas penat main, releks jab.
then kitaorang beli burger..

haha.. bagus kampung as nih.
semua dekat kan.

lintas je jalan, dah ada kedai jual burger

standard budak sekolah, makan benjo jela
seringgit kan... mana ada duit banyak nak makan burger salut telur taknak sayur macam sekarang..
hehe

dah dekat-dekat nak habis tarawih,
diaorang akan letak moreh dekat meja.

kitaorang budak-budak la yang paling awal pargi ambik
hehe..
ambik siap-siap untuk tok, mak and abah.

best sangat!!

well.. miss that time

sekarang..



gambar nih diambil dari instagram as..

yep..
taraweh di KOLEJ KEJURURAWATAN KUANTAN.
without my family, without any of those mercun and moreh.

what i have just my supportive, happy and very cheerfull big family..
my friends..


 yes.. my cik basirah wahida binti chik hasyim!!

sekampung, sekumpulan...


 yeah.. my beloved cik aqmar jusof dan cik norlinda


cik hamizah nasri


 cik azlina nandan

cik sheera shukor


them!!!!love them all


lots of love
 . . .as. . .

Monday, 22 July 2013

ORIENTASI JURURAWAT PELATIH SESI JULAI 2013 & KPSL JULAI 2013 , KOLEJ KEJURURAWATAN KUANTAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

walaupun dah hampir 3 minggu program orientasi bagi kemasukan pelatih baru bagi sesi JULAI 2013 , tapi as takkan terlupa untuk update gambar-gambar terbaru sepanjang aktiviti dijalankan.

well.. menjadi jurugmbar yang tak berapa profesional nih memang kerja as la kan..

ok.
majlis orientasi ni bermula pada hari isnin iaitu 1 julai 2013 sehingga 5 julai 2013.

sepanjang orientasi ini berjalan, Majlis Perwakilan Pelatih (MPP) KKJ kuantan bersama JP JULAI 2011 dan pera pengajar telah terlibat dalam majlis ini. *aik, tetiba ayat skema*

dulu masa as sem 1, memang tak suka sangat orientasi.
tapi bila dah masuk sem 2, 3 dan keatas , baru as tau kepentingan orientasi .
well. time nih la kita nak bentuk siapa diri kita.

tepati masa, ikut arahan, tak pentingkan diri.

hurm..

now, lets the picture tell us the story..

semua gambar diambil pada 4 julai 2013 :)



tengah practice untuk lakonan.
yang pakai kalong besar tu, tok bomoh



nih tengah practice koir.. hehe.
semua suara sedap-sedap neh


yang nih, erm.. ntah la.. undefine.. 




semangat!!
dikir barat




our beloved YDP, CIK nabilah nazer :)


penyelaras kumpulan JP JULAI  2013, PUAN SUHANA SULONG


gambar nih diambil masa aktiviti untuk JP JAN 2011 sedang dijalankan


YDP yang prihatin
tengok anak buah buat keje (:


SN lily.. YEY.. sayamh SN :)


jp NURUL IZZAH KHALID.. ketua pengawas KKJ KUANTAN
julai 2013 - desember 2013
muka seyes selalu .. hehehe


cik AQMAR JUSOF..
ajar adik cara dan nada untuk jadi m.c yang best 


kumpulai koir yang best :)


kak YUYU.. hebat tak??


Puan Hajariah, hurm.. tengah bagi penerangan pada semua.


hehe.. adik nih berlakon memang best.
seyes.. best


kak Bilah.
hehe.. 




perbincangan seyes diantara semua MPP


kak sheera, antara ahli A.V.A yang
bertungkus lumus menjayakan program


akak-akak KPSL


STAFF NURSE-STAFF NURSE yang banyak membantu :)


kak shazy and one of our junior 


kak bilah and kak nina yang bertungkus-lumus mengajar
adik-adik berdikir




yey..last minute.



hehe..
kak shazy and aqmar jusof

alhamdulillah ..
majlis orientasi bagi sesi julai 2013 berjalan dengan lancar dan jayanya

thanx a lot to all ..
tanpa semua, tak mungkin program ini akan berjalan dengan baik dan jayanya.

walau banyak dugaan , tapi semua yang terlibat dapat mengharungi masalah dan onak serta duri dengan sabar.. (dah macam cerita cinta pulak :p )

harapan kami semua kepada JP JULAI 2013 yang baru mendaftarkan diri. :
 * tahniah adik sebab dah dapat masuk ke KOLEJ KEJURURAWATAN KUANTAN ni
 * dan selamat datang ke dunia kejururawatan, dan harap semua apa yang akan dipelajari, adik-adik dapat implimentasikan dalam kerjaya dan jagaan kejururawatan kelak.
 * if anything, we ( ur senior ) is always for you
 * buat kerja ikhlas tau dik.. jadi nurse nih senang dapat pahala. and senang dapat dosa. 
 * jadi terpulanglah pada diri masing-masing untuk menentukan jalan hidup 

peace yaw!!!

hehe..


tengok!!  
baik tak as sebagai senoir diaorang?
hehe #perasan!!

apa pun, all the best for all of them.
and to geng JP JULAI 2011.
setahun lagi beb..
kita teruskan perjuangan kita.

gambate!!

lots of love
. . .as. . . 

Thursday, 18 July 2013

ME and THE DAY


ASSALAMUALAIKUM W.B.T





what a long week!!

penat ..

tu ja yang dapat terkeluar dari mulut nih..
ditambah pula dengan bulan puasa.
memang hypo, dehidrate tahap gila la kan..

tapi steady.. :)

walau apapun, senyum kena maintain kan.
yelah..
new sem dah start. (hehe, tak sempat update blog, bz sangat kan.. hehe.. nampak tak??)
year 3, sem 1 ( sem 5 ) as student nurse at KKJ KUANTAN.

wow.. bila diingat balik, dah hampir 2 tahun setengah as dekat kolej nih.
terasa baru semalam mak hantar as, then nangis-nangis sebab nak balik..
yep.. its a fact!!

i'm almost a nurse :)
insyallah..

ok. back to our main topic.

sem 5.

research, manangement, dinner and tak dilupakan exam mid sem and final yang pada as memang susah.

ok.. kita go through one by one ..*cehh, dah macam ayat tutor as pulak  :) *

RESEARCH..

kerja khusus bagi semua pelatih jururawat yang berada di semua kolej Kementerian Kesihatan Malaysia, Tahun 3, Semester 1.

hurm.. masa form 6 dulu penah la buat, R&C (research and colocium) entah betul ke tak ejaannya.
tapi rasanya research kali nih lagi susah kalau nak banding yang dulu..
tak pelah.. apa ja tugasan, kita buat dengan hati yang ikhlas dan redha k cik Hasyikin :)

tajuk yang kumpulan as dapat ialah "PENGAWALAN DISIPLIN MEMBENTUK JURURAWAT PELATIH YANG BERKUALITI".

populasi kajian kitaorang adalah semua student KKJ kuantan la kan, sampel kajian kami is our junior, adik-adik comel sem 1. hehe
hope nanti time akak buat questionair, adik-adik bagi kerjasama k :)
hehe.. sayang adik...
*hehe.. konon ada la junior as baca blog as an, blog pun tak famous*

report kitaorang in progress. Alhamdulillah, semua ahli kumpulan bagi kerjasama yang sangat baik, sampai sanggup stay back, then lepas rawcall pun kitaorang smabung lagi.
korbankan masa rehat kitaorang,
korbankan waktu tidur kami yag selalu over dose ni
and korbankan waktu kami begayut dengan pakwe,. hahahahah

bak kata mak as, nih la baru namanya student.
berjaga sampai bengkak mata.
haha..
mak.... mak tak tahu ke, anak mak nih memang slalu berjaga sampai bengkak mata
terutama time dekat nak exam..
anak mak  nih jenis study last minute.. haha

hebat tak anak mak???
(berani la tulis, tahu mak takkan buka blog nih)

okey...

next..

MANAGEMENT

manage, selia, pengurusan.

erm.. something yang macam tu la.
ok.. when you are in semester 5 diploma in nursing, u have to manage.
manage what?? manage your patient la.. hadoiii.

nak jadi staff nurse kan.
kalau tak belajar manange patient dari sekarang, nanti bila dah qualified,
gabra bila kena incharge patient.. haha.. time tu baru tahu langit tinggi ke rendah kan

buat masa sekarang, as  masih lagi dalam fasa deduktif (fasa teori)
hope segala ilmu yang disampaikan dalam kelas dapat masuk and disimpan dengan baik dalam hard disk kepala as nih.. jangan hilang-hilang tau!!
nak pakai lama nih..

harap sangat masa as kena posting untuk management nanti,
as dapat bekerja dalam wad yang ok, bersama staff yang ok, and patient-patient yang ok..
pendek kata, semua nak ok dengan harapan markah pon akan ok..

amin :)

DINNER

yey..sekarang tibalah giliran kami, kumpulan JULAI 2011 untuk conduct dinner untuk sem ini..
waaaa.. serabutt kot..
walaupun as bukannye kepala dinner (ketua)..
tapi as boleh nampak keserabutannya pada air muka diaorang..
as nih M.C je..
well.. tu la tugas hakiki as, dari dulu sampai sekarang

yey..

antara tema-tema yang menjadi sebutan adalah seperti Bollywood_Arabic style, Vintage-English style, and tak ketinggalan Classic style yang kononnya macam dalam cerita P.Ramlee ler..

hehe.. apa pun as just harap majlis dinner yang bakal kitaorang conduct akan berjalan dengan lancar dan dapat menjadi yang paling meriah.. yey :)
 "buat sehabis baik"


last but not least,
the most important and amat digeruni oleh semua

EXAM MID-SEMESTER & FINAL for year 3, sem 1

mid-semester  =   23 sept - 25 sept 2013
osce mid sem =    12 sept 2013


final pulak erm dalam bulan 11, tp USOD lagi. (unsure of date)

apa pun, harapan setinggi gunung agar sem nih pun group kitaorang dan semua geng JULAI 2011 dapat mencapai kecemarlangan dan lulus 100%.

harap KKJ kuantan juga akan dapat jadi top 3 kolej yang terbaik untuk kali ini..

amin :)

ok la...

done for today..

masa untuk merehatkan diri sendiri..
apa pun, esok jumaat.. hari yang paling best dalam tiap minggu :)
yey!! tau tak kenapa?? sebab rehat lama..

12.15 tgh hari sampai 2.45 petang..

hauyekk!!! suka...


lots of love
. . .as. . .

TO SOMEONE SPECIAL

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

-post ini ditulis untuk seseorang, dari yang sentiasa merindui-





sebelum pergi kelas, sure i whatsapp u
tea break pukul 10.30 pun i whatsapp u
rehat, then balik kelas..

u..
u tahu tak, every second and every moment of my life
i ingat u.

bukan niat sengaja nak ingat diri u yang tak berapa macho dan hensem tu,
tapi hati nih, nakal sangat sebab selalu ingatkan i pasal u..

u..
u tahu tak i dah gilakan u.
u tahu tak, u buat hari-hari i lebih happy

u tau tak, every time i sedih,
i harap u ada..

and guess what??
even u tak ada dengan i..
but still..
u dapat happykan i
buat i senyum


happy sangat.. :)

u..
jangan tinggal i tau.
u are like my sunshine
brighten my day,
U like the moon and the stars
give me direction when i'm loss



hehe..

to all.. maaf..

this post ditulis kepada si dia, my cinta hati, my lovely and my dearest sayang
hope he will read this and will not angry at me..

hehe.

love u sayang

lots of love
. . .as. . .

Thursday, 7 February 2013

produk yang saya guna :)

assalamualaikum dan salam keceriaan to all my beloved readers :)

pagi nih as happy sangat-sangat sebabny esok dah nak balik.. yahooooo

hehe..

ok.. just pagi nih as nak share pasal produk yang as baru try..
well..

kalau nak tahu..
sebenarnya dah macam-macam produk as try untuk mengelokkan dan mancerah + menggebukan muka as yang  boleh dikatakan agak bermasalah nih...

mak as selalu pesan kat as, jangan try banyak sangat produk... stay je dengan 1 produk..

tapi masalahnye as pakai sampai 3 set pun still tak jalan, dah tu guane???

hurm..

beberapa produk yang as pernah pakai contohnya NATASYA GOLD



mula-mula pakai memang as happy sangat sebab muka menjadi :0

tapi epas 2 set as pakai kira dalam dua bulan jugak la, muka as mula jadi pelik :(
muka jadi legam ( means makin gelap dari sebelumnya)

tu yang buatkan as tak berapa nak happy...

then lepas tu as dah fedup..
so as just ikut cakap mak as, jangan dok pakai produk pelik-pelik..
just  pakai jer pencuci biasa

mak jugak pernah cakap, produk-produk yang jenis set nih sesuai untuk orang yang dah berusia ja..
hurm...

so as pun pakai jela pencuci biasa..

...................................................................habis cerita dengan mak............................................................

ok.. naik jer cuti sem baru-baru nih, january 2013..

as just follow je dengan pencuci muka biasa..

NEVIA WHITENING..



ok la kan.. setakat nak mencuci muka yang full of habus and minyak nih kan..

hurm.. disebbkan as nih memang kaki online..

so banyak la produk-produk yang telah hampir mempengaruh as untuk mencuba...

huhu.. well.. as nih memang lalang.. cepat terpengaruh gila taw..
so jangan la meh jual apa-apa kat as..
as nih cepat terpengaruh..hehe

ok..
at last as telah mencuba PURE MARINE COLLAGEN..
hehe.. yang dah siap proses..
so as just pakai jer, tak payah nak serabut-serabut nak masak bagai..

hehhe..

CARA PENGGUNAAN...

ceh.. buat macam rumit sangat nak pakai kan.. hehe
* just lumurkan or sapukan di tempat sasaran contohnya di muka..
macam as, as pakai kat seluruh badan

hasilnya.. kulit semakin lembut dan tak nampak kering..
kalau nak tau, as nih jenis yang pemalas nak minum nak minum air..
walaupun sebotol besar air as bawak ke kelas tiap-tiap hari, tapi ambil masa 2 hari kot nak habiskan 2L tu..

walaupun as nih student nurse, tapi tak amalkan sangat pun .. hehe.. dah tu guane???

hehe

ok next..

i use WHITENING GOLD SERUM



ok.. produk nih dari indon.. so kalau korang search dalam net, most of the description in indonesian ..
hehe..
patut la orang indon semua cantik-cantik..
produk nih alhamdulillah menjadi..

lepas sekali penggunaan, dah dapat rasa kesannya..
boleh baca dekat sini ek

hehe...

harga produk nih dalam RM is RM40.00..
kalau dalam rupiah tak tahu la berapa.. hehehe...


...................................................................................................................................................................

maaf la kalau kebanyakan post as semenjak dua menjak nih all about beauty ek..
dah meroyan, penat memikir macam mana nak bagi lagi comel..

erm..

kalau sesapa ada cadangan produk yang sure-sure ok dan kesannya cepat, pls inform me k..

e-mel me at eken_92@yahoo.com

hehe

lots of love
. . .as . . .




Wednesday, 6 February 2013

My Geng

assalamualaikum dan salam keceriaan to alls..

nih nak share sikit all my friends blog..

hehe.. boleh la follow diaorg kalau sudi...

cik AQMAR JUSOF

cik AINA NADIA ADNAN

cik NABILA FARHANA

cik ZALIKHA ZAKARIA

hehe.. setakat nih, blog2 nih jer yang as dapat detect..

nanti kalau as dapat detect blog2 kawan as yang lain, as update eh..

hehe

lots of love
. . .as. . .



Tuesday, 5 February 2013

whiteheads!!!

assalamualaikum dan salam keceriaan kepada semua..

huhu.. petang nih as malas nak tidur sebabnya takut malam nanti tak dapat nak lelapkan mata pulak..

so as buka my beloved lappy and start reading some nice stuff dekat net nih..
such as about usrah, kena rasuk and whiteheads ..

yeahh..

whiteheads.... !!!

benda nih la yang as and the geng bincangkan semalam..

pening + runsing ..
macam mana la nak hilangkan whiteheads yang semakin hari semakin bertambah..waaaaaaaa

tolong..tolong..

haaa.. sempat lagi masa kelas tadi as tanya puan as (lecturer) about jerawat, whiteheads, parut and all those thing that always keep make me feel shy about my face...

then.. nih la jawapan yang as dapat....


as : puan.. macam mana nak hilangkan parut jerawat nih?? (sambil tunjukkan muka yang berparut nih)

puan : ehh.. awak nih.. jerawat tu bagus.. tunjukkan badan awak normal..kalau takde jerawat, maksudnya fungsi badan awak tak normal..

as : oooo

puan : nanti dia hilang la tu, awak jangan risau..

as : ooo..

...................................................................................................................................................................


hurm.. begitulah ceritanya..

tapi kita sebagai seorang perempuan yang semestinya nak nampak cantik, sure nak jugak buat something kan untuk make sure muka kita nampak berseri, halus, mulus...

heheh..

ok2.. nih as nak share sikit pasal whitehead or cara nak buang whiteheads yang semakin berleluasa atas muka kita yang halus dan mulus nih..


1. cuci muka dan leher 2 atau 3 kali sehari selembut mungkin ... gunakan pencuci muka yang pH lembut.. cuci dengan lebut di kawasan terlibat..-jangan sekali-kali menggunakan sabun mandian yang petak tu k

as guna nivea :)

2. kalau korang rasa whiteheads korang tu macam dah nak terkeluar sangat tapi tak boleh keluar sendiri, perlukan bantuan.. picit ... TAPI.... jangan gunakan kuku.. gunakan hujung jari sahaja ok..kalau ada cecair or darah keluar. hentikan serta-merta.. maksudnya whiteheads korang tu tak cukup masal lagi untuk dituai.. hehe.. -macam main tuai padi pulak-

sapa tak pernah buat kan.. hehe..
cuma tolong perbetulkan cara anda..

3. gunakan bahan kosmetik yang bebas minyak dan paraben..

ok.. first mesti semua nak tahukan.. APA ITU PARABEN??

Paraben adalah kelompok bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet dalam lotion, conditioner, shampo, deodorant bahkan bahan makanan dan minuman.

label di belakang setiap produk kita boleh kenal dengan nama-nama seperti methylparaben, butylparaben, ethylparaben, benzylparaben, isobutylparaben, dan propylparaben. 

so, disini terdapat beberapa cadangan produk bebas minyak (oil free)..
sebenarnya ada banyak lagi k...



4. jangan mencuci muka lebih dari 3 kali sehari.

sebabnya... mencuci terlalu banyak dan agresif akan sebabkan penghasilan lebih banyak whiteheads.. bukan jer whiteheads, blackheads, jerawat dan yang sewaktu dengannya..


5. jaga pemakanan

elak makan makanan yang telah diproses, dan makanan tinggi lemak.
sebaiknya makanlah makanan tinggi vitamin such as sayur, sayur, sayur dan buah-buahan.

note #as tak makan sayur


6. minum air masak/kosong/putih atau sewaktu denganya

semua orang tahu kepentingan minum air kosong/masak.
at least 8 gelas sehari atau 2L.
sebenarnya kuantiti sebenar jumlah air untuk badan kita tak dapat nak ditentukan dengan tepat..
sebab keperluan badan masing-masing tak sama..

so mengikut kata puan as, minumlah air sebanyak mungkin .
lebih takpa, jangan kurang



7. jangan tidur sebelum mencuci muka

sebelum tidur, jadikan tabiat untuk mencuci muka .. sebabnya kalau tak cuci, kotoran tu akan masuk ke dalam kulit then akan sebabkan pori-pori muka tersumbat then akan sebab munculnya whiteheads or blackheads yang yang baru..

8. last but not least, kalau masalah kulit tu makin teruk, jangan malu-malu pergi jumpa pakar untuk tahu masalah sebenar then untuk cari jala penyelesaian..

hehe..

ok.. tu ja info dari as untuk hari ini..

so sahabat-sahabat yang disayangi..
jangan risau sangat k tentang jerawat-jerawat nih, sebab 1 hari nanti dia akan hilang jugak...

huhu.. jom2.. dah nak maghrib nih...

lots of love

. . . as . . .




istiqamah ..

assalamualaikum dan salam kerinduan to all readers yang sudi luangkan masa lawat blog as yang serba usang ni..hehe.. tak dela usang sangat kan..

just hari ni, i have talk to one of my friend..
she make me realize something..
about "istiqamah"





MAKSUD ISTIQAMAH


“Fastaqim kama umirta“,ayat ini telah mengubah fizikal Nabi SAW. Baginda jadi beruban dan tua, atas bebanan ayat itu.

Istiqamah… 

konsisten dan teguh berdiri di jalan taat, bagi yang faham akan besarnya beban untuk kekal konsisten, akan menjejak kesannya ke atas Baginda SAW. “Aku telah diubankan (dituakan) oleh Surah Hud…”, kata Baginda SAW dalam sepotong hadith yang direkod dari Ibn Abbas Radhiyallahu ‘anhuma.


taken from the other blog yang as baca sebagai rujukan ...



Istiqamah merupakan satu perkara yang sangat payah untuk dilakukan. Kadang-kadang terasakaslan (malas), kadang-kadang terasa nak menangguh, terkadang masa tak mencukupi. Hendak melakukan sesuatu amalan secara istiqamah bukanlah sesuatu perkara yang mustahil tetapi sesuatu perkara yang cukup mencabar keimanan seseorang muslim. Sebagaimana yang kita tahu, amalan yang sedikit tetapi kita istiqamah dalam melakukannya lebih baik daripada kita melakukan banyak amalan tetapi tidak secara istiqamah.



hurm....


bukan senang nak jadi seorang hamba yang sentiasa patuh pada perintah-Nya ...

seriusly...

bukan mudah...

bila hati dah tekad on something, for sure akan ada something yang datang...
grrrrr..
rasa sedih sangat..
kenapa la di saat kita nak get on something yang good, nak dekatkan diri kita dengan Sang Pencipta, masa menjadi padat, ruang menjadi sempit...

kadang-kadang menangis sendiri dalam hati..
tapi..

azam yang penting..
niat kena betul..

insyallah....

kita nih, manusia...

istiqamah atau follow benda lain boleh ja..

tapi masa untuk DIA kenapa kita tak berapa nak boleh follow???


contoh :




NAK KURUS


1. berdiet dengan hanya mengambil makanan tertentu sahaja.. sanggup tolak makanan yang lain yang for sure lagi sedap dan ummmmphhhh.. terbaik la orang kata...sanggup bangun pagi untuk ambil ubat supplement kurus yang syaratnya kena ambil 30 minit atau sejam  sebelum breakfast..



DATING DENGAN PAKWE OR MAKWE

1. bersiap 2jam lebih awal... make-up complete.. minyak wangi harum semerbak.. bedak tebal 3 inci.. kasut tinggi 3 inci..

2. keluar rumah sejam lebih awal nak elak jalan jem, takut lambat sampai.. kesian pulak kat makwe/pakwe kita tunggu lama kan..

3. sanggup berhabis duit untuk pakwe/makwe tercinta.. 





................................................................................................................................................................

                                                                    hurm 



as pun kadang-kadang leka dengan dunia.. dengan kehidupan yang sementara..

sebab tu kita perlu saling mengingati, menasihati..

ingatkan pada yang terlupa..
baiki mana yang lompang..
semoga kita sentiasa ingat pada-Nya...





Ya Allah...
Aku sangat cemburu apabila melihat sahabat-sahabat mampu berterusan atau dengan kata lainnya, istiqamah turun ke masjid/surau untuk solat fardu secara berjemaah.
Aku menjadi cemburu melihat sahabat-sahabat yang mampu istiqamah dalam pembacaan al-Mathurat selepas subuh dan selepas asar.
Aku cemburu kepada sahabat-sahabat yang mereka mampu istiqamah membaca Al-Quran setiap hari.
Aku cemburu kepada sahabat-sahabat yang mampu istiqamah dan maintain kan hafazan Al-Quran mereka malahan dapat menambahkan lagi ayat-ayat dan surah-surah hafazan bagi mereka yang belum habis menghafaz.
Aku merasa cemburu kepada sahabat-sahabat yang dapat istiqamah dalam mengamalkan solat sunat Dhuha tiap-tiap hari dan juga bagi mereka yang dapat istiqamah dalam solat sunat hajat. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang dapat mengamalkan solat sunat rawatib.
Cemburu dengan sahabat-sahabat yang sentiasa berselawat ke atas junjungan mulia Rasulillah SAW. Selawat dan salam ke atas baginda. Dan juga sahabat-sahabat yang sentiasa beristighfar kepada Allah SWT dan sentiasa berzikir mengingati Allah SWT.
Sangat cemburu kepada sahabat-sahabat yang istiqamah dalam belajar ilmu agama (Tolabul Ilmi).
Aku terlalu cemburu kepada sahabat-sahabat yang istiqamah dalam membina kekuatan rohani iaitu qiamullail di waktu 2/3 malam.

apa yang as tulis,
merupakan peringatan untuk diri as dan semua...

semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa mendapat redha-Nya

amin.....



Mysophieparis Network System My fashion. My business